Salam Satu Malaysia

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Sunday, 4 March 2018

                          
                        SELAMAT DATANG KE LALUAN/ LORONG PPDa 2018

 Laluan PPDa terhasil daripada penyertaan SK Bandar dalam Pertandingan PPDa pada tahun 2014.Kewujudan Laluan PPDa ini selari dengan hasrat KPM menginginkan semua sekolah di Malaysia mempunyai bilik/ laluan PPDa.

Alhamdulillah SK Bandar berjaya meraih tempat KETIGA dalam Pertandingan Laluan/Lorong PPDa Peringkat Negeri Selangor 2017.

Laluan/ Lorong PPDa SK Bandar

Wau identiti Laluan/Lorong PPDa SK Bandar


VISI

"SEKOLAH BEBAS DADAH"

MISI

Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan,kurikulum, ko kurikulum dan pembangunan sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah.



                                                      KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAHKU SYURGAKU

Sekolah dapat ditakrifkan secara umum sebagai tempat untuk menimba ilmu. Manakala syurga pula ditakrifkan sebagai tempat yanf indah, menarik dan gmbira ketika berada di dalamnya. Oleh yang demikian, ungkapan "Sekolah Syurgaku" melambangkan bahawa sekolah merupakan tempat yang indah dan menarik ketika menjejakkan kaki ke dalamnya.



Kemahiran Belajar Berkumpulan

Pengenalan:

  • Manusia adalah makhluk sosial yang perlu sentiasaberinteraksi bagi mencapai matlamat dan cita-cita pembentukan masyarakat.
  • Belajar dalam kumpulan adalah merupakan salah satu strategi belajar yang berkesan.
  • Cara belajar dalam kumpulan telah terbukti membuahkan sesuatu yang positif kepada setiap ahli di dalam kumpulan yang dibentuk.
Menentukan Saiz Kumpulan
  • Satu kumpulan sesuai empat atau lima orang sahaja.
  • Pepatah ada mengatakan "anyak asam banyak garam dan banyak orang banyak ragam". Jadi lebih baik kumpulan belajar itu kecil sahaja supaya mudah diuruskan.

Sediakan Topik Perbincangan
Perkara penting untuk memulakan perbincangan adalah:
  • Pilih tajuk yang sesuai sebelum perbincangan. Setiap ahli wajib menyediakan satu tajuk untuk dibahaskan dan ahli benar-benar memahami tajuk yang dipilih.
  • Semasa sesi perbincangan, semua ahli hendaklah serius dan benar-benar dapat menguasai topik yang dibincangkan.
  • Membincangkan tajuk dengan terperinci.
Membincang Tajuk Dengan Terperinci
  • Jalankan sesi soal jawab bagi nenastikan ahli benar-benar faham.
  • Soalan yang dikemukakan hendaklah dalam topik yang telah dibincangkan.
  • Ahli yang mempunyai mempunyai maklumat tambahan mengenai topik yang dibincangkan hendaklah menghuraikannya lebih terperinci bagi menjadikan topik yang dibincangkan merangkumi semua aspek dan komprehensif.
Tentukan Masa, Tempat dan Tarikh
  • Ahli Kumpulan harus menyediakan jadual perbincangan dalam kumpulan mengikut kesesuaian ahli.
  • Seboleh mungkin penentuan masa, tempat dan tarikh hendaklah atas persetujuan bersama.
  • kegagalan peringkat awal akan menjadikan kumpulan ini lumpuh dan tidak menghasilkan sesuatu yang baik.
Tetapkan Tempoh Perbincangan
  • Masa yang diambil untuk satu sesi perbincangan ialah satu atau satu setengah jam.
  • Topik perbincangan pula hanya dua topik sahaja.
Saling Bekerjasama
  • Elakkan perasaan tidak senang hati antara ahli kumpulan.
  • Anda juga perlu mengetepikan sebarang anasir yang boleh merenggangkan hubungan antara ahli kumpulan.
  • Andainya sebarang pengeseran, konflik dan perbezaan pendapat dapat dihindarkan, kumpulan yang diwujudkan itu akan menjadi lebih mantap.
Saling Memberi Dorongan
  • Semangat ini hanya boleh dicapai jika semua faktor di atas dapat dilaksanakan dengan jayanya.
  • Beri sokongan kepada rakan-rakan setiap ahli perjumpaan agar setiap ahli dapat memainkan peranan mereka dengan lebih baik.
Kesimpulan
  • Sebenarnya, sekiranya caranya betul, belajar secara berkumpulan ini dapat menyelesaikan banyak masalah belajar dan membolehkan mereka yang terlibat mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
  • Anda perlu menerima hakikat tidak semua orang tahu semua perkara. Tidak semua pelajar mempunyai masa bagi belajar semua perkara.
  • Oleh itu, apabila belajar berkumpulan itu dirancang dan diatur dengan baik pelbagai maklumat dapat diperolehi dan anda dapat merasakan kebaikan serta kelebihannya.

PENILAIAN DAN ANALISA

1. Penilaian dibuat untuk melihat kejayaan program yang dijalankan ini, kumpulan sasaran 
    seramai 10 orang murid diuji dengan menggunakan set soalan Ujian Pra dan Ujian Pos.

2. Item soalan dalam Ujian Pra adalah sama dengan item soalan dalam Ujian Pos.

3. Skor yang diperolehi oleh guru semasa Ujian Pra dibandingkan dengan skor Ujian Pos.

4. Melalui penilaian yang dibuat mendapati murid mempunyai kesdaran dan ilmu mengenai 
    tajuk Kajian Tindakan yang ketara selepas soal selidik dijalankan.

5. Kajian Tindakan ini patut diteruskan dari semasa ke semasa bagi membantu murid dalam 
    memainkan peranan mereka.

PROFIL RESPONDEN SOAL SELIDIK

Lokasi Kajian: Sekolah Kebangsaan Bandar
Responden:      Murid
Jumlah:            10 orang
Jantina:             Lelaki                =   2 orang
                         Perempuan         =   8 orang
Kaum:              Melayu               = 10 orang
Umur:              Murid                  = 12 tahun


Rumusan

Hasil dapatan soal selidik melalui Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dilaksanakan dengan melibatkan 10 orang murid SK Bandar. Sebanyak 6 soalan yang disediakan untuk Ujian Pra dan Ujian Pos ini.

Melalui Ujian Pra didapati seramai 10 orang (100%) suka dengan kajian ini, 8  orang (80%) mendapat semangat baru untuk ke sekolah selepas aktiviti ini, 5 orang (50%) tahu trntang kepentingan sekolah, 5 orang (50%) mempunyai keyakinan tinggi, 4 orang (40%) tahu cara mengisi masa lapang yang berfaedah, 9 orang (90%) akan terus mengikuti program pada masa depan.

Melalui Ujian Pra didapati seramai 0 orang ()%) suka dengan kajian ini, 2 orang (20%) mendapat semangat baru untuk ke sekolah selepas aktiviti ini, 5 orang (50%) tahu tentang kepentingan sekolah, 5 orang (50%) mempunyai keyakinan tinggi, 6 orang (60%) tahu cara mengisi masa lapang yang berfaedah, 1 orang (10%) akan terus mengikuti program pada masa depan.

Akhirnya selepas Ujian Pos selesai dijalankan seramai 10 orang 9100%) responden bersetuju dengan enam item soalan soal selidik  tersebut.



RUMUSAN SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM

Hasil dapatan soal selidik yang dibuat melaui borang kaji selidik dapat dirumuskan bahawa Kajian Tindakan ini mampu menarik minat serta memberi kesedaran kepada responden tentang keburukan ponteng sekolah dan beruntungnya jika kita hidup "Cemerlang Tanpa DARVIH". Akhirnya dapat disimpulkan bahawa Kajian Tindakan ini memberi impak kepada SK Bandar dan Komuniti.













PENUTUP

Secara keseluruhan, kaji selidik yang dijalankan telah berjaya menjawab semua soalan yang diajukan. Semua responden memberi kerjasama yang baik dan positif dalam penghasilan Kajian Tindakan ini. Diharapkan agar projek seperti ini akan dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan meningkatkan usaha untuk membanteras ponteng sekolah di SK Bandar.

Diharapkan juga dapatan kaji selidik seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan sejajar dengan Misi "Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)" yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Ko kurikulum dan Pembangunan Sahsiah bagi memastikan semua murid bebas daripada dadah dan Visi PPDa "Sekolah Bebas DARVIH". Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kajian Tindakan ini.



No comments:

Post a Comment