Salam Satu Malaysia

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Wednesday, 15 February 2017

SELAMAT DATANG KE LORONG PPDa SK BANDAR

Laluan PPDa terhasil daripada penyertaan SK Bandar dalam Pertandingan PPDa pada tahun 2014.Kewujudan Laluan PPDa ini selari dengan hasrat KPM menginginkan semua sekolah di Malaysia mempunyai bilik/ laluan PPDa.
Lorong PPDa SK Bandar

PELANCARAN PPDa SK BANDAR 2017

Pelancaran PPDa 2017 telah dilancarkan pada 06 Februari 2017 di tapak perhimpunan. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pn Hajah Ruhayah binti Ehsan, Guru Besar SK Bandar. SK Bandar amat bertuah kerana majlis ini turut dihadiri oleh Sarjan 194729 Muhd Nabil Fikri bin Che Darus, Pegawai Penyiasat Jenayah dari IPD Kuala Langat, Pn Norlin binti Mohd Halim, NYDP PIBG dan AJK PIBG Pn Suhaila binti Samingen, En Mohd Ilham bin Mohd Tahir dan Pn Simar binti Baini. Simbolik Pelancaran PPDa ini ialah upacara menaikkan Wau Kapal Logo PPDa SK Bandar.
Sarjan Muhd Nabil Fikri bersama Pentadbir

Upacara menaikkan Wau Kapal oleh NYDP PIBG, Sarjan Nabil Fikri dan Guru Besar

Jawatan Kuasa Unit PPDa SK Bandar bersama AJK PIBG dan Sarjan Muhd Nabil Fikri

Murid-murid kusyuk menyaksikan pelancaran PPDa

KAJIAN TINDAKAN PPDa

Hasil dapatan soal selidik mellui ujian pra dan ujian pos yang telah dilaksanakan dengan melibatkan 10 orang murid SK Bandar. Sebanyak 6 soalan yang disediakan untuk ujian pra dan ujian pos ini.
Melalui ujian pra didapati seramai 10 orang murid (100%) suka dengan kajian ini, 8 orang murid (80%) mendapat semangat baru untuk ke sekolah selepas aktiviti ini. 5 orang (50%) tahu tentang kepentingan sekolah, 5 orang (50%) mempunyai keyakinan tinggi, 4 orang (40%) tahu cara mengisi masa lapang yang berfaedah, 9 orang (90%) akan terus mengikuti program pada masa depan.